Blink Tag html - http://www.blinkingtextlive.com

Wednesday, March 3, 2010

Apa Itu Google Adsense?

Google Adsense adalah program yang menyediakan peluang kepada publisher (iaitu anda) untuk menjana pendapatan secara online melalui komisyen yang di bayar oleh pihak Google terhadap iklan advertiser yang di klik oleh pengunjung di blog anda. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, anda harus mengetahui bagaimana Google menjana pendapatan berbillion US dollar setiap tahun.
Google Adwords Program
Untuk makluman anda, Google Incorporation menjana pendapatan mereka melalui sumber pengiklanan di laman web pencarian mereka, ianya dipanggil sebagai Google Adwords, yang berdasarkan kepada PPC (Pay Per Click) program.

Menerusi Google Adwords, para advertiser berpeluang mengiklankan produk ataupun service mereka secara terus kepada potential customer berdasarkan kepada keyword yang digunakan oleh pengunjung dalam mencari maklumat di internet.

Berjuta-juta pengunjung internet menggunakan enjin pencari Google untuk mendapatkan maklumat dan produk yang mereka kehendaki di internet. Mereka akan menggunakan keyword sebagai asas pencarian mereka.

Seseorang yang ingin membuat duit di internet akan menggunakan keyword “make money” atau “make money online” untuk mendapatkan maklumat tersebut. Seseorang yang ingin berkahwin akan menggunakan keyword “wedding”, “wedding gift” atau “wedding gown” sebagai keyword mereka untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Maka para advertisers akan membida keyword tersebut berdasarkan kepada produk mereka untuk mensasarkan pengunjung yang menggunakan keyword tersebut dalam pencarian mereka di enjin pencari Google.

No comments: