
Yayasan Sultanah Bahiyah ialah sebuah organisasi amal yang dinamakan bersempena dengan nama pengasas dan penaung DiRajanya yang pertama iaitu Almarhumah Tuanku Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. YSB diperbadankan pada 20 Ogos 1996. Ianya ditadbir oleh sebuah Lembaga Amanah dan kini diterajui oleh YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai pengerusi. YSB mempunyai dua peranan utama iaitu sebagai agen perubahan di dalam kerja-kerja kemasyarakatan melalui pendidikan, pembangunan komuniti, kesihatan, remaja dan belia serta inisiatif latihan. Keduanya adalah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan lain dan juga badan-badan korporat di dalam projek-projek kebajikan. YSB juga menyediakan geran kewangan kepada badan-badan kebajikan di negeri Kedah bagi membantu mereka menjalankan aktiviti mereka. Kesemua program-program ini dijayakan dengan hasil usaha pengumpulan dana sendiri dan juga melalui sumbangan yang diterima daripada pihak awam. Program dan aktiviti YSB merangkumi aspek yang luas dan melibatkan kesemua peringkat umur. Satu keistimewaan yang dinikmati oleh YSB ialah status pengecualian cukai bagi semua kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan.
Sila hubungi kami di alamat berikut.
Alamat: Lot 223-224, Jalan Shahab 2, Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Star, Kedah Darul Aman.
Tel: 04 - 730 4112
Faks : 04 732 2730
Email: infor@ysb.org.my
Laman Web: www.ysb.org.my

No comments:
Post a Comment